Fitrah manusia
mahu menegakkan apa yang dirasakan mereka benar. Apa yang dirasakan adil
dan apa yang mereka rasakan perlu . Apatah lagi bagi seorang manusia
yang beriman. Manusia yang iman mendasari hati mereka. Sudah semestinya
dorongan iman tidak akan pernah membenarkan kezaliman dan pendustaan .
Tegakkanlah
sesuatu kebenaran kerana ianya benar. Bukan kerana kita mempunyai
kepentingan peribadi disebalik perjuangan menegakkan kebenaran itu.
Setuju dengan ungkapan Ustaz Hasrizal Abdul Jamil :
"Mahasiswa
tanpa mengira bangsa apa yang berpolitik secara bodoh macam mana sekali
pun, adalah jauh lebih baik daripada mahasiswa yang hidup seperti
binatang ternak pada memikirkan makan, minum, kuliah, rehat, kahwin.
Sikap peduli kepada kezaliman dan salah laku pentadbiran perlu untuk
melakar sempadan hidup iman."
Cuma
dalam memperjuangkan apa yang dirasakan adil dan benar perlulah
menggunakan cara yang benar juga. Jika makan mempunyai adab dan cara
yang betul , berjuang dan berhujah juga mempunyai adab dan cara yang
betul.
Jika
pihak lawan menggunakan kata-kata kesat , carutan dan makian dan anda
menggunakan cara yang sama. Maka apakah bezanya? Dimanakah kebenarannya?
Mungkin
anda merasakan carutan itu menegaskan hujah anda. Anda merasakan makian
itu menandakan anda begitu serious dengan apa yang anda pegang. Carutan
itu dirasakan dapat merendahkan pihak lawan seterusnya menaikkan suara
anda.
Namun
di mata masyarakat yang matang , sihat dan mampu berfikir dengan baik.
Carutan ini sebenarnya merendahkan martabat pencarut tersebut.
Masyarakat melihat anda sebagai penghujah mentaliti kelas bawahan.
Tidak
salah berpolitik. Tidak salah berbeza pendapat. Tidak salah berhujah.
Tidak salah menegakkan apa yang anda rasa betul. Tidak salah juga
menghormati pihak lawan anda.
2 ulasan:
dan tidak salah mengeluarkan pndapat kan..
Dalam berpolitik yang secara umum orang ramai tahu yang kita perlu menggunakan hujah, cara pertuturan amat penting. Jika pemimpin menerapkan cara berpolitik sindir-menyindir, mengeluarkan kata kesat, bercerita buruk pihak lawan lebih dari menceritakan kebaikan dan perubahan yang bakal dibawa, secara tak langsung akan mewujudkan satu scene politik kotor kepada generasi muda. Budaya ini yang sepatutnya kita kikis tak kira di pihak mana kita berada
Catat Ulasan