Aku terkejut pagi itu, pelbagai perasaan tiba-tiba hadir,
segala memori bersama bermain semula di dalam minda ku, seolah-olah baru
semalam kita ketawa bersama. Aku seolah-olah tidak percaya kau telah pergi
selama-lamanya. Namun di luar bidang kuasa ku untuk mengawal soal nyawa, ajal
dan hidup.
Kita bertemu buat kali pertama di lapangan kapal terbang
Pulkovo pada musim panas 2010. Perwatakan
kau yang periang dan ceria membuatkan manusia disekelilingmu berasa
senang, tidak memerlukan masa yang lama untuk kita berteman rapat. Sungguh
dunia menangis saat kau pergi.
Aku masih ingat semasa Azri dan batch mereka baru tiba di St. Petersburg, aku menyambut mereka. Seperti biasa, kami sediakan masakan buat mereka yang baru tiba ke bumi yang sangat asing. Petang itu, aku membawa Azri untuk membeli beberapa keperluan makan. Aku masih ingat mukanya yang ketakutan, keluar tanpa passport, kerana passport pada masa itu ada pada pihak universiti untuk urusan visa.
Sekian lama kita bersahabat, aku dapati kau mempunyai
perwatakan yang berbeza dari yang lain. Di dalam usrah kita aku dapat
memerhatikan bahawa kau mempunyai hati yang lembut, begitu mudah mengalirkan
air mata saat mendengar pengorbanan ibu bapa juga tazkirah berkenaan dengan
dosa. Saat aku berputus asa jika teman lain tidak dapat menghadiri usrah, kau
tetap hadir, memberi semangat agarku tidak berputus asa.
Aku sangat kagum dengan perwatakanmu, kesolehan juga
kejujuran. Hari berganti hari, tahun berganti tahun hubungan kita semakin
akrab. Setelah setahun kau bukan lagi adik ursahku, kau menjadi rakan se-usrah
dan kau pula menjadi naqib dan memimpin usrah bersama adik-adik yang lain. Hati
ku bangga, aku gembira melihat perubahan dirimu yang sungguh ketara.Teringat salah satu tazkirah yang kau sampaikan di dalam
usrah kita, aku masih ingat ketika itu kau baru sahaja kehilangan sejumlah wang
dari dalam bank. Kau berkata sambil menangis “Mungkin kita mendapat ujian disebabkan kita
telah lama tidak mengadu pada Allah dan tiada hubungan dengan Allah”. Sungguh
aku kagum dengan peribadi dirimu.
Azri merupakan peminat Chelsea, kadang-kadang aku akan datang ke biliknya jika ada perlawanan penting. Dia juga sangat minat bermain DOTA, namun tidak pernah mengabaikan pelajaran dan tarbiyah. Azri adalah adik usrah yang soleh dan sangat mudah berubah, setelah beberapa tahun usrah bersama, beliau sering menemaniku ke Moscow untuk menghadiri daurah. Begitu juga pada cuti semester musim panas, kami akan berprogram bersama. Azri juga sangat aktif dalam aktiviti persatuan, beliau menjadi bendahari MESSP ( Malaysian Engineering Student of St. Petersburg ) ketika aku di tahun akhir. Azri juga meminati frisbee, dia juga sering membantu untuk mengadakan futsal mingguan di universiti.
Dan sungguh aku rindu mendengar luahan hati mu menceritakan
masalahmu padaku. Aku sudah menganggap kau seperti adik kandung ku sendiri.
Kita bersama men-tarbiyah diri dan sesama sendiri, St. Petersburg dan Moscow
menjadi saksi, keazaman kita menghadiri usrah dan daurah, semata-mata untuk
mencari redha Allah. Sungguh aku rindu saat-saat indah kita berukhuwwah,
bersama-sama mengejar kereta api untuk menghadiri nadwah, nangis tawa kita di
dalam dakwah. Kau teman yang sentiasa hadir memberi ku kekuatan. Semasa aku
telah menamatkan pengajian kau utus surat buatku, aku menangis sediri
membacanya di dalam kapal terbang.
Ku buka suratmu semula.
Ke hadapan Syed Ahmad Fathi,
Tujuan ana tulis surat ini, sebab ana tahu, ana tak mampu cakap benda yang ana tulis ini depan anta. Sedih sangat, kadang-kadang sampai termenangis bila fikir kita dah nak berpisah. Pertama dan selama-lamanya ana nak mintak maaf banyak-banyak kat anta, sebab banyak buat salah, bahan, mengata, cakap anta guna dalil sama je (smiley), tapi ana rasa kita boleh "bahan-membahan" antara satu sama lain tu sebab kita ddah terlalu rapat dan selesa dengan anta, dah terasa macam abang sendiri. Plus, anta jugaklah naqib 1st ana, yang memperkenalkan ana dengan usrah, banyak tarbiyyah ana daripada nakal-nakal dulu, dah jadi baik sikit walaupun belum baik dan soleh macam anta, tapi ana masih cuba untuk memperbaiki diri untuk jadi mukmin yang lebih soleh dan tolong doakan ana walaupun lepas ni anta dah takde , doakan ana untuk terus tsabat di jalan ini, meneruskan kerja dakwah dan tarbiyah kat sini. Terima kasih banyak-banyak atas jasa anta dan syukur sangat pada Allah yang telah mempertemukan kita di St. Petersburg ini, dan memberikan hidayah kepada ana untuk berubah di bawah didikan anta. Ana doakan supaya anta di kurniakan redha Allah dan diberi ganjaran syurga di akhirat kelak, dan semoga terus soleh dan tsabat di jalan ini. Selamat menempuh alam baru, alam pekerjaan dan semoga baitul muslim yang bakal di bina, diberkati Allah dan berkekalan sehingga ke akhir hayat. Semoga dikurniakan anak-anak yang soleh/solehah dan comel-comel (smiley). Harap kita boleh berjumpa lagi di Malaysia, tapi still ana akan merindui anta di sini , rindu lawak-lawak anta yang kadang-kadang hambar tu, rindu masakan anta walaupun kari je selalu masak, rindu nak main bola dengan anta walaupun ana selalu kena marah sebab flop, dan yang paling rindu sekali, rindu nak usrah dengan anta lagi. You are my 1st and the best Naqib so far (Hazrul pon best jugak*smiley*). Uhibbuka Fillah! Selamat tinggal. Anyeong ~ Sehingga ketemu lagi.
Ukhuwwah fillah abadan abada (ayat Wafi).
Sincerely,
Azri/ Matyi
Membaca suratmu aku tersenyum sendirian. Seolah-olah kau sedang bercakap dengan ku, dengan jenaka-jenaka kita yang selalu. Surat ini akan sentiasa hidup bersamaku, meski aku harus terima yang kau sudah tiada.

Aku juga rindu jaulah kita ke Scandinavia, menjelajah bumi
Allah mencari ikhtibar buat bekalan di perjalanan. Kabin kecil di dalam kapal
semasa pelayaran menjadi saksi, kita bersama duduk sebentar bermuhasabah
mendengar kau memberi tazkirah. Bagai mana aku mampu lupa? Bagaimana pula aku
mahu teruskan lagi saat kau sudah tiada? Semasa cuti musim panas, kita
bersama-sama mendaki Bukit Larut bersama ahli usrah, juga menziarahi rumah mu
di Titi Serong, Parit Buntar. Bilakah masanya kita mampu ulanginya kembali?
Aku terkedu pagi itu mendapat berita kau telah tiada. Seolah
tidak percaya, hati ku menjerit menangis, adakah ini mimpi? Lebih terkilan aku
tidak dapat melihat wajahmu kali terakhir, aku tidak dapat bersama menguruskan
jenazahmu kerana kekangan kerja. Aku hanya mampu bersolat dari jauh, mendoakan
kau tenang disana. Kau terlalu muda, namun apakah daya kerana ajal tidak
mengenal usia. Khabar mengatakan kau berpuasa pada hari itu, dan kemalangan
motosikal berlaku selepas kau sudah menyelesaikan solat Isha’ di masjid,
sedikit sebanyak aku bersyukur. Allah mengatur pengakhiran yang baik buatmu. Lebih
mengusik hati apabila melihat profile picture facebook mu, gambar kita bersama
saat kau dan Rauff datang beraya di rumahku.
Kau lah teman, sahabat, rakan usrah, teman dakwah, kau
adalah anugerah. Moga kau bahagia disana bersama Sang Pencipta, ceritakanlah
kepada Dia, kisah ukhuwwah kita di dunia.
Dalam ingatan:
Muhammad Azri bin Aminuddin
18 Disember 1991 - 4 April 2016
5 ulasan:
ana pun terase kehilangan dia.
moga Allah pertemukan kite di SANA iA..
sungguh, dia benar2 menunjukkan qudwah yg baik, n menjadi motivati utk terus mengirak amal.
ana pun terase kehilangan dia.
moga Allah pertemukan kite di SANA iA..
sungguh, dia benar2 menunjukkan qudwah yg baik, n menjadi motivati utk terus mengirak amal.
Ramai yang menyayangi beliau. Ana dan rakan2 usrah di Manjung sgt terkesan dgn pemergiannya. Sungguh, kami yakin pengakhiran yang baik buatnya. Semoga kita semua juga mendapat pengakhiran yang baik dan kembali bertemu dgn sahabat ini..
Allah. T.T
Tenanglah beliau di sana, Azri
T__T
Catat Ulasan