Ahad, 6 Mei 2018

Perjuangan Reformasi Kroni



Bangsaku pagi nanti engkau bangun setelah terang
Mencari rezeki bagi mengisi tembolok anak tersayang
Tiada apa yang berbeza segalanya akan berulang
Engkau bertanya kemana harapan hilang?

Bangsaku ketahuilah, negara ini bukan milikmu

Tanah yang dipijak milik mutlak kroni
Komisyen projek milik penuh kroni
Dari beras ke penjanaan tenaga semuanya untuk kroni
Kini reformasi juga reformasi kroni

Begitu erat, tiada apa yang tinggal untuk mu lagi
Sedarlah bangsaku negara ini milik kroni

Sudah lah kau mati di tembak di bunuh
Kuburmu dijadikan bahan jenaka di cemuh
Begitulah murahnya harga maruah
Kau miskin hanya layak menghirup kuah

Engkau tidak boleh merosak kan kertas dengan hitam
Kerana fatwa telah disabda oleh sang imam
Maka kembalilah kau memerah keringat
Ciumlah kaki mereka, kau hamba harus taat

Jika engkau melawan kau pemecah undi
Jika berkata-kata kau tidak mengenang budi
Kata-kata mu adalah biadap untuk mempertikaikan
Hanya kepada kroni hidup perlu di abdikan

Jangan ditempuh jalan yang panjang
Harus segera kroni di beri menang
Jangan lah engkau ragu lagi bangsa madani
Mari kita bersama dalam reformasi kroni

Tiup lah, tidurkan anak-anak ku
Negara ini milik kroni.

Tiada ulasan: