Apabila melakukan kajian akademik, terutamanya dalam bidang sejarah. Saya merasakan masalah utamanya adalah apabila kita membaca. Apabila kita membaca, kita akan bertemu banyak rujukan lain. Membuatkan kita terpaksa membaca pula rujukan-rujukan yang dijumpai itu. Kemudian kita akan terjumpa lebih banyak rujukan lain lagi. Semakin lama kita membaca, semakin banyak rujukan baru kita jumpa, terus membiak, terus bertambah banyak, ad infinitum.
Kajian akademik pula mempunyai batasan masa, ruang, dan patah perkataan. Kita hendak menulis lagi tetapi ruang dan masa sudah habis. Membuatkan kita akhirnya terpaksa menerima hakikat bahawa kalau kita mengekori semua sumber rujukan yang dijumpai, maka kita akan bergraduasi seratus tahun lagi! Pastilah pihak universiti tidak memberi keizinan untuk kita extend sepanjang itu.
Kita juga tidak boleh hanya membaca kerana apabila membaca dari pagi sampai malam. Idea-idea bernas akan menyorok dan malu untuk keluar. Sebaliknya kita kena pergi keluar melihat awan, menyentuh daun hijau, dan merasa dingin air hujan di luar rumah. Dalam ketenangan itu baru kita akan tiba-tiba terfikir idea-idea yang bernas dan membuatkan kita lari semula ke kerusi dan meja kerja kita untuk sambung menaip.
Sekadar mengomel kosong.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan