Ahad, 22 Februari 2009

Perkuatkan diri dan terus melangkah


Hidup ini dijadikan ALLAH begitu indah. Ada fasa2nya. Bermula dari fasa rahim, bayi, kanak2 dan seterusnya hingga takdir ALLAH menjemputnya pulang.Dan kehidupan tidak berhenti setelah nyawa ditarik tetapi memasuki satu lagi fasa baru iaitu kehidupan setelah mati. Dan inilah yang sering manusia lupakan bahawa dia akan dihidupkan semula setelah mati membawa amalan2nya.

Perubahan berlaku dengan pantas dalam kehidupan. Semua orang akan berubah. Jika seseorang mengatakan bahawa dia tidak suka akan perubahan sebenarnya dia tidak tahu bahawa dia sendiri sedang berubah.Yang remaja tidak selamanya remaja . Usia semestinya tidak akan sama dan berubah setiap saat. Akan terus meningkat.

Dan seharusnya kita meningkat seiring dengan setiap saat perubahan umur. Mereka yang diberikan cuti , cutinya juga akan habis dan semoga ketika dia bercuti dia dapat menambah kefahaman dan pengalaman dalam menempuhi semester atau pembelajaran baru.Seharusnya dia memanfaatkan masa cutinya sebaiknya agar lebih bersedia dan tidak menyesal apabila cuti berakhir.

Ada juga mereka yang akan berubah dari belajar di dalam negara bertukar ke luar negara. Semoga hati mereka ditetapkan ALLAH dalam keadaan beriman . Dan dapat menempuhi alam pembelajaran dengan bersungguh-sungguh dan bersemangat.

Dalam kita melalui proses2 perubahan dalam kehidupan ini kita seharusnya sedar bahawa tiada yang kekal melainkan ALLAH . Dan tahap2 perubahan ini haruslah kita lalui dengan berbekalkan contoh dari Rasulullah. Semoga perubahan yang berlaku dalam kehidupan kita akan menguatkan lagi diri kita bagi menghadapi kehidupan di dunia dan yang lebih penting agar kita dapat ikhlas beramal agar kehidupan selepas mati kita mendapat pengakhiran yang baik dengan hati yang sejahtera dan amal soleh yang diterima. InsyaALLAH.

Tiada ulasan: