Beribu batu. Mungkin. Sudah lama rasanya aku meninggalkan alam persekolahan. Tetapi imej-imej saat-saat kita bersama masih berputar-putar di mindaku setiap hari. Tempat-tempat di Perlis menjadi saksi di mana kita pernah melakar ukhuwwah ini. Ah..indahnya waktu itu.
Waktu di sekolah rasanya bosan. Rutin yang sama. Kelas . Asrama. Dewan makan. Semuanya di dalam sempadan persekolahan. Bila dah habis sekolah? Baru rasa rindu saat bosan dahulu. Masa-masa bersama merangkak melihat dunia.
Paling best mestilah waktu off class. Masa kita berjalan-jalan. Banyak juga tempat yang kita pergi bersama-sama. Bukit jerneh. Padang besar. Pulau Pinang. Gua kelam. Makan Char Kuey Teow sekali sekala.Keluar tengok bola. Main futsal bersama. Huh..sume aktiviti menarik kita.
Dalam banyak-banyak tahun. Paling memorable mestilah waktu form 3. Orang kata waktu form 3 ni la budak-budak nak cuba benda baru.Kira ni zaman nakal-nakal. Zaman cikgu pening kepala. Tahun ni aku kenal Anas Norkefli. Walaupun sekolah sekali bape bulan je. Tapi aku ngan dia cepat betul rapat. Sampai sekarang tak boleh lupa. Semoga ALLAH merahmati dan melindungi dia kerana aku sayang sangat sahabat aku sorang ni.
Antara aktiviti lain kita mestilah naik bukit tunjung.Hilmi Azhari antara yang paling semangat ngan Umar Muhajir.Geng2 perlis. Dari form 1 sampai form 5. Bukit belakang sekolah jadi tempat rekreasi. Kat atas bukit . Berehat diatas tilam. Tulis nama kat dinding gua. Letak bendera kain di puncak. Tulis impian. Ingat lagi dulu kat atas pokok , waktu Form 3 aku ukir “Fathi 9A”. Waktu form 4 naik balik gelak sorang-sorang. Sebab tak dapat 9A. Tapi tetap bersyukur.
Ramai lagi rasanya sahabat-sahabat kat MATRI tak muat nak tulis sume. Tapi ada lagi sorang ni. Aku kenal dari form 1 jugak. Waktu Form 1 kut dulu kami pernah gaduh. Dekat setahun tak tegur. Lepas tu baik balik. Kat kem bomba pun gaduh lagi, Ingat lagi waktu tu malam , gaduh pasal gilap ‘boot’ kawat kaki. Persoalannya siapa? Jawapannya.
Kalau nak cakap pasal sukan. Sebenarnya aku minat main takraw dulu. Sejak Form 3 wakil sekolah main takraw. Pengalaman yang tak dapat dilupakan. Orang yang mula-mula ajar aku main takraw dulu Abang Zubir a.k.a Along. Sampai form 5 wakil sekolah tak pernah menang pun.Hehe.
Kat Perlis MATRI antara sekolah yang aktif juga pasukan Hoki. Walaupun aku tak wakil sekolah tapi rajin jadi penyokong pasukan sekolah. MATRI pernah beberapa kali johan MSSPs. Antaranya waktu aku Form 5. Team Hoki Matri juga ada join Malaysia Hockey League (MHL). Dulu dikenali sebagai JHL (Junior Hockey League). Antara Teman karibku yang main hoki Naqiuddin Adam (Kapten Sekolah) , Hilmi Razak (Keeper Sekolah) dan Izzat Ibrahim (Forward).
Yang paling penting antara semua memori ini. Di Ma’had Attarbiyah Al-Islamiyah , Perlis inilah aku mula mengenal siapa diriku. Aku di Tarbiyah dengan didikan Islam. Aku mengenal agama dan tanggungjawabku kepada pencipta. Dan Bersyukur kepada ALLAH dengan usaha didikan guru-guru di sekolah dahulu aku menjadi siapa aku pada hari ini.
6 ulasan:
rindu lak kat sahabat2,lama x jumpa,gambar masa kt matri smua kecik2 masa tu,pengalaman y paling best naik bukit tunjong,leh masak lagi atas tu,siap tido lagi....tapi perkara inilah yang menguatkan ukhwah,selagi mana kita ada HDA insya'allah hati kita tetap akan bersama walaupun kita berjauhan...moga ramadhan kali ini kita dapat mengaut pahala sebanyak mana yang boleh.
zaman nakal2 yek...
harap dah semakin matang dan kurng nakal nye skrang..
kenangan tetap kenangan.
namun kenangan kte bersama menjadi titik tolak ntuk terus mencapai yang TERBAIK..
Insyallah..
bercakap tentang masa lalu,
adakala tersenyum,
dan adakala sedih,
tapi itulah teman setia,
mengajar erti kehidupan.
haha best ak bace post kali ni
sedih..
gembira..
ketawa..
rindu..
menggamit jiwaku..
terima kasih sahabat-sahabat spm 2007 yang memberi kenangan indah kepada diriku..
semoga kita akan diketemukan lagi..
fathi ko jgn buat aku nanges..
hehhe..
semoga ukhwwah kita kekal selamanya..
amin ya rabb
Catat Ulasan