Kita dah tidak memerlukan Orientalis untuk menafsir agama Islam supaya mereka boleh dikuasai. Bijak pandai Islam telah menerima tafsiran Orientalis sejak sekian lama. Mereka sudah kunyah, hadam, dan ia telah menjadi darah pemikiran mereka. Umat Islam bukan lagi satu badan, mereka dipisahkan dengan sempadan-sempadan ciptaan Orientalis Kolonial dan Orientalis Imperial. Politik mereka juga dipisahkan dari kefahaman agama. Politik dianggap najis, supaya ia boleh diisi dengan boneka-boneka mereka. Agama hanya tinggal ritual, sekadar solat dan baca doa pada majlis keramaian.
Dasar kita bukan lagi wahyu, tetapi apa yang diwariskan oleh British yang dianggap suci itu. British yang menjajah dan membunuh bangsa Timur. Asas kita adalah demokrasi berkiblatkan Amerika Syarikat yang dianggap suci. Amerika Syarikat yang membunuh manusia berjuta-juta di serata dunia. Maka jangan gunakan Qur'an dan Hadis, ayat-ayat itu cukup dibaca dalam doa, solat, dan khutbah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan