Baru-baru
ini seorang sahabat yang sangat rapat dengan saya berkongsi bahawa perdebatan
politik adalah perkara yang sia-sia, ia tidak akan mengubah apa-apa, setiap
orang akan terus bersama pendapat yang dia percayai, dan yang paling jelas,
setiap orang akan membenci antara satu sama lain. Ada juga yang menambah bahawa
mereka yang berdebat berkenaan dengan politik selalunya tidaklah berfikiran
munasabah tetapi hanya mempertahankan ego masing-masing.
Di atas
permukaan, saya kira secara umum pandangan ini ada benarnya. Namun jika kita
cuba melihat dan memahami dengan dalam, walaupun ia benar, ia bukanlah kebenaran yang seluruhnya, its true but not the whole truth. Ia adalah salah
satu conventional wisdom, dan jika kita membaca buku Freakonomics tulisan Dubner& Levitt, kebanyakan conventional wisdom tidaklah begitu tepat jika kita
mengkaji dengan lebih mendalam, mendasar, dan melihat kepada argumennya yang
fundamental. Ada satu quote yang menarik.
“The worst
illiterate is the political illiterate, he doesn’t hear, doesn’t speak, nor
participates in the political events. He doesn’t know the cost of life, the
price of the bean, of the fish, of the flour, of the rent, of the shoes and of
the medicine, all depends on political decisions. The political illiterate is
so stupid that he is proud and swells his chest saying that he hates politics.
The imbecile doesn’t know that, from his political ignorance is born the
prostitute, the abandoned child, and the worst thieves of all, the bad
politician, corrupted and flunky of the national and multinational companies.”
Quote ini
sering dinisbahkan kepada karyawan German, Bertolt Brecht. Namun pemilik quote ini merupakan sesuatu yang disputed, ada yang menyatakan ia bukanlah dari Brecht.
Tapi yang lebih penting dalam hal ini adalah mesej bukan messenger. Dalam kata
lain, kita boleh berpura-pura untuk tidak ambil tahu hal-hal politik, tetapi
akhirnya kehidupan kita akan ditentukan oleh keputusan-keputusan ahli politik.
Sebab itu
hatta dalam Islam, politik tidak dipisahkan dalam hidup, malah Islam merangkumi
semua aspek dari individu kepada negara, dari keluarga kepada masyarakat, sosial
sehingga ke perundangan, tidak dipisah-pisahkan seperti ajaran secular. Namun
politik yang dimaksudkan bukanlah politik kepartian yang sempit.
Antara artis
kegemaran saya adalah Gavin Aung Than, yang berkarya menggunakan nama pena Zen
Pencils. Beliau sering melukis berkenaan dengan individu-individu yang memberi
motivasi. Dalam satu karya strip komik beliau, beliau melukis berkenaan dengan bagaimana Pablo Picasso menghasilkan masterpiece beliau ‘The Guernica’. Picasso
bertanya “Apakah sebenarnya seorang artis itu?” Adakah dia hanya seorang yang
mahir melihat jika dia pelukis, atau seorang yang mahir mendengar jika dia
pemuzik. Tidak, artis juga adalah “political being” yang patut memberi respon,
melawan dengan karyanya. Guernica adalah karya Picasso sebagai ekspresi beliau
menentang pengeboman bandar Guernica oleh tentera Nazi German yang mengorbankan
1600 nyawa.
Jadi, ya,
politik itu tidak kurang pentingnya dalam kehidupan. Tapi perlukah kita
berdebat?
Saya suka
jawapan Professor Bernard Lewis dalam “The MESA debate:
The Scholars, the Media, and the Middle East” yang diadakan pada 22 November 1986, yang mana
antara tokoh lain yang berkongsi pentas pada acara debat itu adalah Prof.
Edward Said. Beliau menyebut “Nothing we say or do will have the slightest
effect, we can change nothing, we can’t even change each other opinion”. Beliau
menambah “what we can and should discuss is ourselves, our own role and duty,
our duty is to communicate what we understand to others”.
Mungkin
betul, sesetengah orang berdebat kerana mereka egois, tetapi ada juga
kemungkinan bahawa ada yang ingin mencari kepastian, mereka mahu menguji idea
mereka, jadi diletakkan idea itu ditengah masyarakat untuk dinilai hujah lawan
dan kawan. Melalui proses kritikan, sesuatu idea, fakta, atau perspektif itu
boleh dinilai. Sudah tentu nilaian manusia berbeza-beza, setiap manusia
mempunyai latar pendidikan berbeza, ada yang belajar untuk mendapatkan sijil,
ada yang membeli sijil. Setelah kita mendapat hujahan balas, terpulang kepada
kita untuk memilih apa yang kita mahu pegang mengikut faham masing-masing, dan
paling kurang kita faham rasional orang yang mempunyai pandangan berbeza. Atau
mungkin mereka memang egois.