Akhirnya setelah lebih dari dua bulan akhirnya berjaya
menghabiskan pembacaan buku The Meaning of Marxism tulisan Paul D'Amato. Saya
membaca buku ini agak perlahan, mungkin kerana kandungannya yang berat (atau
mungkin saya malas), ia banyak membuatkan saya berhenti dan berfikir.
Pada asalnya saya membaca buku ini bagi memahami aspek ekonomi
yang diketengahkan oleh pemikiran kiri sebagai alternatif sistem ekonomi
kapitalis dan neo-liberal. Namun buku ini tidak ditulis bagi tujuan itu,
perbahasan ekonomi hanya dibincangkan dalam satu bab kecil yang berkisar
tentang Labour Theory of Value (LTV) yang mengetengahkan idea bahawa yang
memberi nilai kepada sesuatu produk adalah tenaga kerja manusia. Konsep
keuntungan dalam LTV adalah jumlah gaji yang dibayar kepada pekerja adalah kurang
dari nilai sebenar produk yang pekerja hasilkan, perbezaan ini (surplus value) adalah
keuntungan. Ia adalah asas kepada ketidakadilan dalam perjuangan proletariat
atau pekerja. Berbeza dengan mainstream economics, yang mana mengetengahkan
idea nilai ditentukan pasaran melalui supply and demand.
Bagi saya D'Amato memberi sumbangan berharga dalam
memudahkan pemahaman tentang konsep-konsep pemikiran kiri. Bermula dengan
Hegelian Dialectic, Dialectical Materialism, apa yang dimaksudkan dengan
Sosialisma, strategi perubahan sosial - reformasi atau revolusi? dan banyak
lagi.
Antara topik yang berharga bagi saya secara personal adalah
berkenaan dengan Revolusi Russia. Bagaimana ia berjaya, dan bagaimana ia
kemudiannya gagal. Walaupun tidaklah diceritakan dengan panjang lebar, bagi
saya ia cukup untuk memberi gambaran asas (untuk sejarah Revolusi Russia secara
detail perlu baca buku Trotsky - saya sudah beli tapi belum berani buka kerana terlalu tebal, mungkin kena devoted one whole year untuk satu buku itu sahaja).
Saya berazam nak membaca buku-buku ekonomi tahun ini, tetapi
buku ini saya kira sangat dense oleh itu saya perlu sedikit distraction. Jadi rasanya akan baca
buku pasal sains politik balik.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan