Selasa, 7 April 2026

Imperialis Yang membawa Kegelapan Pada Dunia

Buku The Darkening Age tulisan Catherine Nixey.
Buku yang bagi saya sangat menarik untuk dibaca tentang bagaimana dunia klasik dimusnahkan bagi saya adalah tulisan Catherine Nixey bertajuk The Darkening Age. Buku ini meneruskan tradisi pemikiran Edward Gibbon yang menjelaskan kehancuran ketamadunan Rom adalah disebabkan sikap fanatik dan anti-ilmu golongan Kristian. Analisis Nixey sangat jelas dan tidak apologetik dalam menerangkan bagaimana gerakan Kristian menghancurkan ketamadunan, warisan, dan keilmuan Yunani dan Rom. Baca ulasan penuh saya perihal buku ini di sini.

Kenyataan Donald Trump yang terlibat dengan skandal pedofilia Epstein perihal keinginannya untuk memusnahkan tamadun Iran.

Hari ini kita melihat perkembangan yang sama diteruskan oleh imperialis Amerika dan golongan zionis. Mereka adalah penyambung gerakan kemusnahan tamadun manusia. Menghancurkan kawasan-kawasan warisan dunia, membunuh ilmuan, dan menghancurkan tamadun. Presiden Trump yang terbabit dengan skandal pedofilia Epstein mengumumkan dalam kempen perangnya terhadap Iran bahawa "a whole civilization will die tonight". Menunjukkan bahawa gerakan politiknya yang disokong kuat golongan zionis dan kristian evangelikal itu merupakan pemusnah ketamadunan manusia. Sebab itu saya tidak melihat Barat sebagai sebuah tamadun, ia hanya sebuah kesyaitanan yang datang untuk merosakkan tamadun manusia.

Tiada ulasan: