Penerbit: Twelve
Penulis: Dan Senor dan Saul Singer
Sepanjang pengalaman membaca buku, cara yang paling baik untuk mendapatkan buku yang bermutu adalah melalui recommendation dan review, after all you can't judge the book by its cover. Tapi kadang kala, even after recommendation dan review kadang kala kita akan dapati buku tersebut tidak menepati cita rasa dan expectation kita. Either way, kita akan dapat something dari apa yang kita baca.
Kalau mengikut 'Booklikes' saya merupakan pembaca kategori Altruist, dalam kata lain, saya suka kongsi pembacaan dengan rakan-rakan dan recommend buku jika saya dapati ia sangat menyeronokkan. Buku yang saya kira saya sering kongsikan dengan rakan lain adalah The World Is Flat tulisan Friedman dan The World Without Islam tulisan Fuller. Banyak juga buku-buku lain, tetapi saya kira dua buku ini idea-idea yang dibentangkan nya paling melekat di minda . Buku tulisan Senor dan Singer ini mungkin merupakan yang ketiga.
Berbeza dengan idea Fuller yang membincangkan percambahan dan perubahan inovasi dalam skala dunia, Senor dan Singer menumpukan case study mereka dalam skala yang lebih kecil, dan memilih satu model negara sahaja, iaitu negara haram Israel. Pendapat peribadi saya, mereka menulis buku ini sebagai promosi dan untuk menampakkan sudut baik Israel, tanpa langsung menceritakan sudut pandang negatif. Buku ini dengan kata lain, ingin mempromosikan model ekonomi Israel tanpa menampakkan unsur penindasan dan pencabulan hak. Israel seolah-olah maju dengan usaha mereka sendiri, tidak diceritakan wang berbillion yang diberikan Amerika kepada Israel setiap tahun.
Disebalik semua ini, tidak salah kita mengambil pelajaran daripadanya. Salah satu idea yang merevolusikan minda saya dalam buku ini, adalah budaya suka bertanya dan mempersoalkan sesuatu dikalangan orang Israel. Budaya ini tertanam erat, dan dapat dilihat dalam semua lapis masyarakat, baik dalam sivil, ketenteraan, politik dan lain-lain. Dengan kata lain, persoalan dan perdebatan merupakan satu nilai yang di hargai, dimana setiap idea akan dibahaskan dan dipersoal. Kesannya, idea yang tidak bernas akan di tinggalkan, idea yang lama diperbaharui, dan inovasi menjadi norma.
Budaya ini berbeza dalam masyarakat melayu khususnya dan masyarakat Muslim umumnya. Mempersoalkan tindakan orang yang lebih tua dianggap biadap, banyak bertanya merupakan satu perkara yang dipandang buruk dan tidak berfaedah. Akhirnya, segala perkara dilakukan mengikut cara lama, tiada penambah baikan, tiada ruang untuk idea baru bercambah. Orang terdahulu telah melakukan nya, kita perlu mengulangi sahaja apa yang mereka lakukan tanpa mengubahnya.
Buku ini juga, banyak berkisar tentang kejayaan bangsa imigran yahudi, mereka menjadi usahawan yang berani kerana mereka tiada pilihan lain. Untuk berjaya, mereka perlu menjadi pencipta dan berinovasi, menubuhkan syarikat high-tech dan menarik pelabur luar. Akhirnya, syarikat baru atau start-up merupakan perkara biasa. Gagal dalam perniagaan merupakan pencapaian yang boleh di masukkan ke dalam resume. Ia merupakan pengalaman berharga. Minda seperti ini, tidak kita temui dalam masyarakat kita, di mana semua orang selesa dengan makan gaji.
Saya tidak mahu mengatakan bahawa model yang dipersembahkan adalah 100 peratus baik dan perlu kita implementasi dalam konteks masyarakat kita, namun apa yang baik dan boleh kita perbaiki seharusnya kita ambil dan manfaatkan. Model innovasi dan budaya risk-taker perlu kita suburkan dan di assimilisasikan dalam budaya kita. Kita tidak perlu menukar budaya, kita hanya perlu menukar gaya fikir kita.