Jean-Paul Sartre menulis bahawa jika anda dikritik oleh kedua-dua belah pihak, diatas
teks yang sama, ini adalah beberapa petanda bahawa anda berada di pihak yang
betul. Apabila golongan Islamis membaca buku saya mereka mengatakan bahawa saya
mungkin jatuh ke lembah kesesatan, malah terkejut dengan contoh dan buku
komunis yang saya petik. Apabila golongan kiri membaca buku yang sama mereka
mengatakan ia tepu dengan nilai ke-usrah-an. Saya tidaklah beranggapan saya
sahaja yang benar, tetapi jika ujian Sartre ini diambil kira, saya kira sedikit
sebanyak saya telah menjalaninya.
Tulisan
ini bertujuan menjawab kritikan bahagian dua yang ditulis oleh komrad yang
dikasihi, saudara Benz Ali dalam artikelnya di blog Republikbuku yang bertajuk
'Usrah yang melalaikan – Kritik pada buku Berfikir Tentang Pemikiran'. Artikel
beliau banyak mengulangi hujah dari satu artikel yang ditulis 13 tahun lalu oleh
Fathi Aris Omar bertajuk 'Dibawah Mendung Usrah'. Oleh kerana saya telah
menjawab artikel itu dengan artikel saya yang bertajuk 'Setelah Mendung Usrah Ada Awan Yang Cerah', dalam artikel ini saya tidak akan mengulanginya. Cukuplah
pada pendapat saya artikel saya itu menjawabnya, saya juga kira buku saya itu
bukan sekadar menyentuh usrah sahaja. Jika ada fikiran baru, saya akan
meng-update artikel tersebut.
Sebaliknya
tulisan ini akan cuba menjawab persoalan lain yang di bangkitkan oleh Benz Ali
mengenai buku saya, yang pada saya
menarik untuk sama-sama kita renungkan. Saya ingin mengucapkan terima kasih
kepada Benz Ali kerana sudi membaca dan mengkritik tulisan saya, seperti yang
saya tulis di portal Borneo Komrad dalam artikel bertajuk 'Harga Sebuah Kritikan', kritikan itu berharga kerana ia adalah sarana pengembangan ilmu.
Semoga proses ini mengembangkan lagi ilmu saya, juga ilmu saudara Benz Ali.
Walaupun beliau kecewa dengan seratus mukasurat pertama, tidak mengapalah
kerana saya tidak dapat memuaskan hati semua orang, buku itu juga tidak ditulis
untuk memuaskan hati sesiapa, ia adalah renungan jujur saya, saya berterima
kasih kepada beliau kerana jujur dalam mengungkapkan perasaannya.
Berkenaan
dengan pembacaan buku sastera, saya akui ini merupakan salah satu kelemahan
saya. Saya lebih cenderung membaca buku-buku non-fiksyen jadi anda tidak akan
temui petikan Dostoevskiy dalam buku tersebut. Saya juga tidak membaca Tolstoy
tetapi ada memetik buah fikir Tolstoy yang saya ambil secondary reference dari
tulisan Michael Lewis dalam bukunya 'The Big Short'. Saya ada membeli buku
Dostoevskiy dan Tolstoy dalam bahasa Rusia dari kedai buku Dom Knigi di Nevskiy
Prospekt, St. Peterburg, namun sehingga hari ini belum membacanya. Saya juga
ada membeli karya lengkap Leon Trotsky bertajuk 'The History of the Russian
Revolution' tetapi juga masih belum sempat dibaca buku tebal tersebut. Saya ada
membaca buah fikir Trotsky dan Lenin dari secondary source tulisan Paul
D'Amato dalam bukunya yang bertajuk 'The Meaning of Marxism', tetapi saya membacanya setelah buku
saya diterbitkan, jadi ia tidak disentuh dalam buku itu. Mungkin kebelakangan ini baru mula membaca karya-karya sastera, seperti novel-novel Khaled Hosseini, juga bertatih membaca puisi-puisi Rumi.
Buku Dostoevsky dan Tolstoy yang dibeli di Dom Knigi (Rumah Buku) di Nevskiy Prospekt, St. Petersburg, Russia. |
Suka
saya sebutkan, buku yang saya tulis itu diterbitkan pada suatu masa tersebut,
jadi ia terbatas kepada pengalaman dan buku yang saya baca pada masa tersebut.
Ia mempunyai skop, tentulah ia tidak boleh atau tidak sempat memuatkan semua
buku yang dicadangkan. Namun saya terbuka untuk membacanya, tiada masalah,
walaupun Fathi Aris Omar menuduh 'manusia usrah' itu tidak rencam bacaannya, saya akan cuba mendapatkan buku-buku yang dicadangkan dan membacanya perlahan-lahan.
Bekenaan
dengan mengajar konsep ketuhanan disebut sebagai doktrinisasi, jika kita
membaca buku keibubapaan, buku Jamie Glowacki contohnya, kita akan dapati
bahawa kanak-kanak di awal usia masih belum mampu berfikir secara logik dan
rasional. Oleh sebab itu kadang kala, jika anda berpengalaman sebagai ibubapa, ada
kehendak mereka yang sukar diterima logik akal, contohnya memasukkan taik cicak
ke dalam mulut, atau ingin keluar berjalan di taman jam 11 malam. Anak-anak itu
memang dilahirkan kosong. Maka apa sahaja yang diajar adalah doktrinisasi, jika
diajar sains ia adalah doktrin sains, jika diajar agama ia adalah doktrin
agama, jika diajar ateis ia adalah doktrin ateis, jika diajar makan nasi ia
juga adalah satu doktrin, kenapa tidak makan roti? atau spegeti? Kenapa tidak
beri mereka pilihan? Glowacki mengatakan adalah tugas ibubapa menentukan
perkara-perkara diawal usia kerana mereka
tidak mampu untuk buat pilihan pun. Hendak suruh mereka cari sendiri? Membaca
pun belum pandai, apatah lagi mengkaji kepelbagaian di internet. Jadi tidak
timbul soal doktrin.
Agama
apa yang perlu diajar? Konsep ketuhanan mana? Tentulah apa yang dirasakan benar
oleh ibubapanya. Dalam Islam sendiri nabi mengatakan ibubapa yang akan mencorak
anak tersebut untuk menjadi Nasrani, Yahudi, atau Muslim. Itu adalah sifat natural.
Apabila mereka sudah besar, sudah boleh membaca, mencari, menganalisa, maka
terpulanglah kepada mereka untuk menentukan sendiri apa yang dirasakan benar.
Mereka boleh membaca buku-buku Benz Ali dan artikel Fathi Aris Omar, mereka
juga boleh membaca buku Maududi dan Al-Banna jika mereka mahu, atau menonton
siri Young Sheldon.
Berkenaan
dengan Young Sheldon. Babak kegemaran saya adalah ketika Sheldon berdebat
dengan Pastor Jeff, selepas itu beliau menubuhkan agamanya sendiri yang digelar
"Mathology" dimana satu-satunya dosa dalam agama beliau adalah
kebodohan. Saya gelak besar melihat babak tersebut. Saya kira saya punya
sedikit persamaan dengan Sheldon, walaupun Sheldon ateis dan saya digelar
sebagai 'manusia usrah', kami masing-masing meminati Carl Sagan. Ketika
Halloween, semua orang memakai kostum masing-masing dan Sheldon memilih untuk memakai
kostum seperti Carl Sagan. Buku pertama Sagan yang saya baca adalah 'Pale Blue Dot' ia sememangnya satu buku yang sangat mengesani pemikiran dan membuatkan
pembaca jatuh cinta pada sains. Saya ada juga ada beberapa kali menulis ulasansaya berkenaan dengan karya Sagan. Jika saya bosan saya sering mendengar audio pendek Sagan berkenaan dengan bumi, hingga kawan-kawan menasihati saya move on
dari pemikiran Sagan. Saya ada membeli bukunya yang kedua 'Cosmos', tapi belum
sempat dibaca. Dalam buku tersebut juga saya ada menyentuh buah fikir Sagan,
pasti Sheldon boleh relate dengan bahagian yang saya tulis tersebut. Jadi, adakah
ini melayakkan saya untuk menjadi anak usrah Benz Ali?
Kemudian
persoalan adakah kualiti umat Islam lebih baik atau orang putih?
Soalan
ini pada saya berbentuk umum. Apa yang dimaksudkan dengan ‘kualiti’ dan ‘baik’?
Adakah yang dimaksudkan dengan kualiti dan baik ini dari sudut ekonomi,
penguasaan politik, kualiti hidup, atau apa? Secara ekonomi, ada yang cemerlang,
ada yang baik, dan ada yang sangat mengecewakan. Dari segi penguasaan politik,
ya, sangat lemah, itulah juga naratif yang cuba dibawa oleh kebanyakan gerakan Islam,
dalam membina kesatuan semula yang kini dipisah dengan semangat negara bangsa.
Namun jika dikatakan secara umum bahawa keadaan umat hari ini lemah, ya, saya
sangat bersetuju, kita dalam banyak aspek tertinggal dibelakang. Namun adakah
kelemahan ini disebabkan usrah? Atau kepercayaan pada Tuhan dan Nabi? atau pergi haji? Bagi saya tidak.
Malah bagi saya usrah, kuliah buku (Kubu), atau apa sahaja bentuk-bentuk
diskusi bukan masalahnya, ia bukan sarang pembodohan tetapi medan perjumpaan
dan diskusi. Masalah yang lebih besar mungkin penagihan dadah, pendidikan yang
tidak menyeluruh kepada semua segmen masyarakat, kemiskinan, kelemahan pentadbiran, juga kelemahan kesatuan
antarabangsa.
Juga jangan kita lupa, 'kualiti' orang putih itu banyak merupakan hasil yang dijarah dari negara-negara kolonial. Kemajuan ekonomi itu dicapai dengan pelbagai jenis penindasan, baik penindasan pekerja domestik, juga penguasaan secara paksaan dari tanah-tanah jajahan, koloni, juga perhambaan. Setelah mereka maju mereka mendabik dada mereka mempunyai kemajuan dari segi ekonomi dan ketinggian moral, namun mereka tidak perkatakan berkenaan dengan negara-negara yang mereka jarah.
Juga jangan kita lupa, 'kualiti' orang putih itu banyak merupakan hasil yang dijarah dari negara-negara kolonial. Kemajuan ekonomi itu dicapai dengan pelbagai jenis penindasan, baik penindasan pekerja domestik, juga penguasaan secara paksaan dari tanah-tanah jajahan, koloni, juga perhambaan. Setelah mereka maju mereka mendabik dada mereka mempunyai kemajuan dari segi ekonomi dan ketinggian moral, namun mereka tidak perkatakan berkenaan dengan negara-negara yang mereka jarah.
Akhir
sekali, sebagai penutup kepada siri jawapan kali ini, jika Benz Ali kecewa
dengan buku saya itu, saya juga sedikit kecewa dengan ulasan beliau apabila beliau
menyebut “ini yang aku harapkan dan nak dengar..” kerana seolah-olah dalam
pembacaannya, dia sudah membentuk apa yang dia ingin percaya. Ini juga yang
dikritik oleh Tolstoy, yang mana rangkapnya ada saya petik dalam buku saya
tersebut dari buku Michael Lewis. Kata Tolstoy:
“The
most difficult subjects can be explained to the most slow-witted man if he has
not formed any idea of them already; but the simplest thing cannot be made
clear to the most intelligent man if he is firmly persuaded that he knows
already, without a shadow of doubt, what is laid before him.”
Tetapi
ia bukanlah kekecewaan yang besar, kritikan-kritikan tajam beliau lebih besar
harganya dari kekecewaan kecil ini, pemikiran merupakan satu perjalanan bagi
saya, tentulah kritikan-kritikan ini akan menjadi sebahagian dari proses
pembentukan fikir saya, untuk itu saya ucapkan terima kasih buat beliau yang
sudi duduk membaca dan menulis perihal masalah-masalahnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan